Prospektif Perjalanan Hidup yang Efektif

*DIPETIK DARI AKHBAR KOSMO

Ainan mahasiswa berusia 10 tahun

Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi anak termuda yang lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universitas.


 

“SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis,”ujar  Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Pertanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirakan oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis dan penulis.

“Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama,” katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara pertanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Dugaan mereka ternyata benar, Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa setelah kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika delapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencapai enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.


 

Kebiasaan Ainan membaca buku kimia disedari bibinya. Lalu bibinya bertanya kepada Ainan apakah dia faham isi kandungan buku tersebut.

“Ya, saya faham apa yang dibaca,” jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi  minatnya. Ketika kanak-kanak seusianya baru mahir  membaca dan menulis  Ainan  sudah mendalami subjek kimia.

“Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

“Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia,” kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Anak berdarah Ireland dari ayah dan Melayu Singapura ddari ibunya itu lulus ujian tersebut dan menjadikan dirinya manusia termuda yang mencapai rekord itu.

Kejayaan Ainan dicatat dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu memang menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekord lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Dia akan menciptakan satu rekord lagi  apabila menjadi anak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universitas. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universitas di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk melanjutkan pelajaran Ainan.

Ini artinya pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Anak itu meneruskan studinya dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP

AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.

 

Berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapak dari anak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit kesulitan dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

“Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

“Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari,” kata Valentine.

Apabila anak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekaligus kehilangan minat terhadap pendidikan.

“Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan,” cerita Valentine.

Ayah anak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fisik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters.

Ketika mencari sebuah universitas yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan,  Valentine dan Syahidah akhirnya memilih berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan nasehat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran dari beberapa buah universitas di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain belajar dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pembelajaran kimia, subjek fisik dan matematik untuk peringkat A-Level.

“Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan,” kata Valentine.

Agar mempermudah pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia setuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, menetap di Malaysia.

VALENTINE percaya Ainan akan mendapat pendidikan yang lebih baik dan fleksibel di Kolej Universiti HELP.

Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan  yang hampir dengan Ainan, akan tetapi mereka memiliki bidang yang berbeda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah,sangat gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universitas itu.

“Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP,” katanya.

Tiada makanan tambahan

Diakui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa yang diberikan untuk Ainan.

“Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai. Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain,” kata Syahidah.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: